DOMINO'S Pizza memperkenalkan kerak piza baharu, Piza Puff Crust Domino’s Pizza unik, dengan piza berkulit pastri lapis segi empat pertama, yang dicipta di negara ini.
Ia kombinasi ratusan lapisan mentega, yang dibalut dalam ratusan lapisan helaian pastri lapis yang ringan dan kemudian dibakar sempurna sehingga rangup dan berwarna perang keemasan, menghasilkan kulit piza tersendiri.
Timbalan Pengurus Besar Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, paling istimewa, hidangan baharu itu dipadan inti daging lembu dan tuna, kegemaran ramai.
Menurutnya, Piza Puff Crust dari restoran perkhidmatan pantas itu disediakan dalam dua perisa baharu hebat iaitu Fiery Beef Dialova dan Sriracha Tuna.
“Fiery Bef Dialova menggunakan sosej daging lembu Sepanyol halal, bawang, cendawan, bayam kecil dan tomato ceri, di atas dasar sos sriracha pedas dan serbuk sriracha.
“Menandinginya dari segi kepedasan ialah Sriracha Tuna menggunakan dasar sos sriracha dengan inti ketulan tuna, bawang, nenas, cili merah dan sedikit ketumbar,” katanya.
Jelas Linda, pelancaran kulit piza puff serentak pengenalan Kek Lava Coklat Mentega Kacang baharu.
“Pelanggan boleh menikmati pencuci mulut ini pada harga tambahan RM7.00 setiap satu dengan satu pembelian piza peribadi minimum atau RM13.50 apabila membeli mana-mana dua kek Lava Coklat Mentega Kacang atau Kek Lava Coklat,” katanya.
Dengan Domino’s 2 Pizza Deals, pelanggan boleh pilih dua piza biasa pada harga hanya RM30, manakala tawaran dua piza besar boleh didapati daripada harga RM50.
Promosi hidangan baharu piza itu masih berlangsung dan tamat awal Januari 2017.