PIPI penyanyi Britain, Ed Sheeran cedera selepas terkena libasan pedang yang dipegang cucu Ratu Elizabeth, Puteri Beatrice of York.
Menurut laporan The Telegraph, kejadian berlaku di sebuah parti di Royal Lodge di Windsor, baru-baru ini.
Sebelum kejadian, rakan artis, James Blunt membuat lawak dan meminta Puteri Beatrice menganugerahkan beliau gelaran 'knight'.
Puteri Beatrice yang 'menyahut' lawak tersebut kemudian mengambil pedang sementara James melutut satu kaki untuk upacara 'knighthood'.
Tanpa sengaja, pedang yang dipegang Puteri Beatrice terkena Ed yang berada berdekatan pasangan tersebut.
"Kejadian tersebut menyebabkan (Puteri) Beatrice sangat susah hati, tetapi Ed menjadi 'gentleman' dan memberitahu Beatrice yang ia hanyalah satu insiden," lapor The Sun.
Akibat kejadian tersebut, Ed terpaksa dibawa ke hospital dan menerima beberapa jahitan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: