YANCHENG - CHINA. Harinya tidak bermula dengan indah apabila wang 300,000 yuan (RM19,402.25) yang dibawa seorang lelaki jatuh bertaburan apabila ditiup angin.
Laporan Shanghaiist mengatakan lelaki berkenaan, Yang mahu memasukkan wang tersebut ke mesin deposit wang di Postal Saving Bank yang terletak berdekatan ketika kejadian.
Wang tersebut yang berada dalam sampul surat terlepas dari pegangan Yang dan bertaburan di merata tempat selepas ditiup angin.
Akibat kejadian tersebut, Yang tak sengaja menjerit dan jeritannya menarik perhatian pekerja bank, Sun untuk keluar membantu.
Walaupun hujan semakin lebat, Sun langsung tidak kisah dan berusaha membantu mengutip wang Yang dengan lebih pantas.
Tak cukup dengan itu, lebih ramai lagi pekerja bank keluar dan datang membantu Yang.
Disebabkan keprihatinan orang ramai, Yang berjaya memungut semua duitnya dan tidak kurang walau sesen pun.
Dari rakaman kamera CCTV, Yang dirakam tidak henti-henti mengucapkan ucapan terima kasih kepada mereka yang datang membantu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: