Friday, December 16, 2016

Mandy Moore Tak Percaya Dapat Pencalonan Anugerah Golden Globe




Mandy Moore mendapat pencalonan pada Anugerah Golden Globe yang bakal berlangsung pada 8 Januari depan.
PENYANYI dan pelakon Mandy Moore menganggap pencalonannya pada Anugerah Golden Globe menerusi lakonannya dalam drama bersiri This Is Us sebagai sesuatu yang pelik.
Mandy yang mendapat pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik Siri berkata dia masih belum dapat menerima perkara itu kerana ia diluar jangkaannya.

Pengumuman itu dibuat oleh Hollywood Foreign Press Association (HFPA) pada Isnin lalu.

Tambah Mandy, dia hanya mendapat tahu berhubung pencalonannya itu apabila diberitahu oleh rakan pelakon dalam drama bersiri itu, Milo Ventimiglia yang menghantar mesej kepadanya.

"Milo menghantar mesej mengucapkan tahian kepada saya dan saya jadi keliru kerana tidak mengetahui apa-apa.

"Apabila ditanya ia mengenai apa dia memberitahu saya tercalon dan sukar mempercayainya," ujarnya.

Jelas Mandy lagi, dia sangat teruja sehingga sukar mempercayai perkara itu kerana sepanjang kariernya dia tidak pernah mendapat sebarang pencalonan dalam mana-mana anugerah.

Selain Mandy, pelakon lain yang turut tercalon dalam kategori sama adalah Olivia Colman, Lena Headey, Thandie Newton dan Chrissy Metz.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: