KEJAYAAN ketika menyertai pameran antarabangsa Ekspo Silk Maritim di Donguan, China, membawa tuah kepada Ridz’ Herbs Trading selepas menerima sambutan menggalakkan di negara itu.
Pemiliknya, Ridzuan Ramli berkata, produk sulung syarikatnya, Jus Ikhlas memberi impak kepada pengunjung ekspo yang menggemari minuman kesihatan itu.
"Rakyat China amat menyukai minuman berasaskan herba Jus Ikhlas yang menggunakan bahan utama halia Bentong atau lebih dikenali ginger king.
"Selain halia ini, saya menggabungkan empat bahan tambahan bagi memberikan rasa lebih sedap berbanding jus halia biasa," katanya.
Menurutnya, tekstur lebih halus dan berpati itu membantu menstabilkan hormon badan kembali seperti biasa.
Katanya, penggunaan halia Bentong amat baik untuk kesihatan dari segi ramuan dan bahan berkualiti tinggi.
"Pengguna dapat merasa kesan penggunaan dalam tempoh enam jam hasil daripada kajian yang dilakukannya.
"Secara amnya, minuman kesihatan ini membantu melancarkan darah dengan baik.
"Sekiranya perjalanan darah kita lancar dan tiada halangan serta penghadaman berfungsi dengan baik, maka secara tidak langsung kesihatan bertambah baik," katanya.
Selain ekspo peringkat antarabangsa, Ridzuan turut mempromosikan produknya di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2016.
Setelah melihat pencapaian di dua pameran itu, dia optimis jualan Jus Ikhlas mampu mencapai 10,000 botol sebulan.
"Saya jangkakan peningkatan jualan kerana berjaya buka pasaran di Brunei dan China.
"Lagipun tawaran harga untuk pengguna tempatan adalah mampu milik iaitu RM50 (Semenanjung) dan RM60 (Sabah Sarawak).
"Bagi mengembangkan lprospek syarikat, saya memperkenalkan produk kedua iaitu Gel Aqua berasaskan air yang tidak melekit dan mudah meresap," katanya.
Fungsi Gel Aqua seperti minyak angin, namun menggunakan teknologi moden.
Sekiranya berminat, boleh kunjungi laman Ridz’ Herbs Trading, Riz Herbs Official dan Facebook, Riz Haikal.
"Produk boleh didapati di gedung yang sah seperti Namamujaya Enterprise, Pasaraya Kosmetik Mega, Saneen Trading, Tetra Beauty, D Spa Maharani, D'areyangshop dan TyGy Trading, serta ejen dan stokis berdaftar.