EKSPO agromakanan terbesar negara, iaitu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) bakal menampilkan kelainan tahun ini kerana buat pertama kali, elemen hiburan akan disuntik di dalam penganjurannya dari 1 hingga 11 Disember di MAEPS Serdang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan festival muzik, Rhythm Of The Farmers (ROTF) dengan menampilkan Khalifah, Projector Band, Man Bai, Wali Band, Sakura Band, Akim & The Majistret, Yazid Search, Datuk Ramli Sarip dan Abiet G Adie.
“Maha kali ini kita mahu perkenal konsep ‘agrotainmen’, bagi menarik masyarakat kepada pertanian menerusi hiburan.
"Ini kerana pengeluaran makanan perlu dilipat ganda supaya kita lebih bersedia menyokong pembangunan negara yang lebih pesat pada masa depan. Ini memerlukan penglibatan lebih ramai pengusaha terutama golongan muda,” ujarnya.
Katanya, selain ROTF, elemen ‘agrotainmen’ turut disemarakkan contohnya Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin, Kampung Mak Cun serta tapak perkhemahan AgroYouth Camp.
Satu cerun landai dalam kawasan berbukit Maeps Serdang yang dinamakan D’Lereng telah dipilih sebagai lokasi utama acara ROTF.
Sebuah pentas sedang dibina dan cerun tersebut akan berperanan sebagai ‘ampiteater semulajadi’ untuk penonton duduk dan menikmati persembahan.
Dalam pada itu, Datuk Ramli Sarip yang akan mengadakan persembahan akui saban tahun Maha terus maju buat pembaharuan.
"Pada persembahan saya nanti, akan ada kolaborasi buat pertama kali untuk lagu Kamelia di mana lagu ini ciptaan dan lirik oleh Ebiet.
"Selain itu, saya akan menyanyikan lagu pembukaan Temasya Desa Gemalai yang jarang dinyanyikan di konsert-konsert, tetapi kali ini lagu ini sesuai dengan tema konsert iaitu Rhythm Of The Farmers," katanya.
Beliau berharap konsert ini akan dihadiri pengunjung yang akan dapat berhibur.
"MAHA adalah acara keluarga, tentunya peminat-peminat saya akan membawa isteri dan anak-anak untuk bersantai bersama.
"Terima kasih kepada MAHA memberi peluang kepada peminat bersiratulrahim pada masa sama," katanya.
Selain Ramli, Yazid Search turut diundang untuk membuat persembahan.
Yazid akan membuat kemunculan bersama anak didiknya yang dikenali dengan nama Retrospektif.
Bagaimanapun menurut pemain dram otai ini, mereka bakal menggunakan nama Search Tribute Band pada festival muzik itu nanti.
"Selain Search Tribute Band, saya juga akan muncul dengan trio vokal dari Klang dan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang akan menyanyikan lagu terkenal Search.
"Saya berharap orang ramai akan datang memeriahkan lagi MAHA 2016 di samping mereka dapat berhibur," katanya.
Tambah Yazid, dia berharap program sebegini diadakan secara tahunan bagi menarik minat masyarakat, di samping beri pendidikan mengenai hasil tempatan.
"Program sebegini bukan hanya ada hiburan dan makanan sedap, tetapi juga ruang untuk masyarakat mempelajari dan menghargai hasil buah-buahan dan produk tempatan," katanya.
Bagi Man Bai pula, dia akan tampil secara santai pada 9 Disember depan dan menyanyikan lagu-lagu termasuk dari album pertamanya secara akustik.
"Saya berharap penglibatan kami di dalam program ini nanti akan memberi manfaat kepada pengunjung.
"Sambil melihat produk dan hasil tempatan, mereka boleh berhibur secara percuma," ujarnya.
Selain di D’Lereng, kehangatan ROTF juga akan dibawa ke lokasi-lokasi lain sekitar MAHA, termasuk persembahan dalam dewan pameran, di hentian tram dan tempat tumpuan pengunjung.
ROTF dianjurkan oleh Maeps Management Sdn Bhd dan mendapat tajaan Naza serta dengan usahasama Escape Room Sdn Bhd.
Naza nama tidak asing dalam dunia permotoran. Syarikat korporat ini menyokong usaha murni melahirkan generasi muda yang berwawasan dan berdaya saing. Dalam satu kenyataan, syarikat tersebut berkata : “Kami percaya untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan berdaya saing, usahasama perlu ditingkatkan terutamanya di dalam industri pertanian.
"Kami percaya Malaysia mempunyai potensi dari sumber pertanian dan syarikat kami mengambil inisiatif ini untuk merapatkan lagi jurang generasi melalui satu ekstravaganza di dalam merealisasikan wawasan negara untuk melahirkan generasi yang yang menyumbang pada peningkatan ekonomi negara," katanya.
Semasa acara ROTF, pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat kenderaan keluaran Naza antaranya Cheverolet Colorado. Di samping itu juga pengunjung berpeluang untuk menikmati keunikan rasa Bubba Gump Shrimp Co And Morelli’s.
Sebagai rakan kongsi, Escape Room Sdn Bhd pula membawa kepakarannya di dalam menjayakan acara gilang gemilang ROTF. Bersandarkan pengalaman sebagai pengurus acara, syarikat ini dipertanggungjawabkan untuk penganjuran aktiviti yang menarik minat generasi muda yang berunsurkan simulasi dan thrill.
Di MAHA 2016 dan ROTF, Escape Room akan menganjurkan simulasi permainan yang berinovasi berunsurkan pertanian dan makanan yang akan membawa kelainan dan menarik minat generasi muda khususnya.
Mesej yang ingin disampaikan adalah 'masa untuk anda menyertai kami di industri baru ini'.
Pertunjukan 'Light Sensation' yang akan diadakan setiap malam akan turut mempesonakan pengunjung di pameran ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: