Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, berkata, individu tersebut mewujudkan Instagram (IG) yang menyiarkan foto-foto peribadinya sehingga mendorong pengikut untuk meninggalkan komen negatif.
"Saya sedar tentang wujudnya laman sosial tersebut, mereka juga sebarkan berita tentang saya kononnya saya sudah putus dan Azmi ada perempuan lain serta macam-macam lagi fitnah.
"Foto-foto saya juga diambil dan dimuat naik dalam IG itu bertujuan tidak baik. Tapi nak buat macam mana kita tidak boleh halang orang untuk membenci kita," ujarnya.
Faye dihubungi bagi menjelaskan tentang foto dan info negatif di laman sosial Instagram yang menggunakan nama @kakimemekak.
Instagram yang diwujudkan sejak Oktober lalu itu memeparkan beberapa gambar pelakon berkenaan dengan kapsyen negatif.
Laman Instagram yang memuat naik beberapa foto Faye Kusairi dengan tujuan buruk.
Terdahulu kisah kontroversi antara Faye Kusairi dan penyanyi Elly Mazlein mendapat liputan meluas media sehingga pelakon ini dikecam dengan pelbagai tuduhan netizen yang menganggap Faye menjadi orang ketiga punca perceraian Elly dan suaminya, pengarah drama, Azmi Hatta.
Dalam pada itu, Faye berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika individu tersebut melampaui batasan.
"Saya pernah buat laporan polis tentang akaun palsu @FayeKusairi_sy dan saya akan lakukannya untuk akaun ini jika ia keterlaluan. Sebenarnya bukan susah nak tahu siapa yang buat Instagram palsu begini, ada pihak yang boleh membantu kita menyelesaikan perkara ini.
"Saya tidak boleh buat apa kalau ada orang ingin jatuhkan maruah dan buka aib saya, saya hanya boleh mendoakan agar mereka diberi hidayah dan buat benda yang lebih bermanfaat," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang kerjaya lakonan, Faye bersyukur kontroversi yang dilalui tidak menjejaskan perjalanan kerjayanya.
Malah, tiga buah drama lakonannya di beberapa stesen televisyen sedang disiarkan.
"Alhamdulillah, sekarang ada tiga drama sedang bersiaran iaitu Rintihan Nikmis dan 7 Hari Mencintaiku di TV3, manakala Pengantinku Jatuh Dari Langit di Hypptv.
"Bagi tahun 2017 sudah ada beberapa program termasuk sebuah drama A.Aida Production berjudul Padamu Ku Bersujud," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: