Mohd Izham, 25, berkata, dia tiada hak untuk menyekat Mia kerana ketika mengenali wanita itu, dia sudah bergelar seorang selebriti.
“Saya rasa lepas kahwin ni untuk tahun pertama, tahun kedua saya bagi dia teruskan lagi kerjaya dia sebab saya kenal dia pun dia seorang pelakon. Bukan mudah nak saya hentikan dia serta-merta tak bagi dia berlakon. Cuma saya bagi masa… dia kena fikir mana patut, mana tak,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Mohd Izham diminta mengulas mengenai perancangan perkahwinannya dengan Mia Ahmad yang dijangka pada Januari tahun depan.
Pasangan berkenaan akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan secara terperinci mengenai perkahwinan mereka dalam satu majlis yang akan di Flora Terrace dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat.
Mia, 28, dan Mohd Izham sebelum ini dilaporkan bercinta selepas tersebar gambar pemuda itu meraikan majlis ulang tahun kelahiran Mia pada Februari lalu.
Mohd Izham berkata, sejak berkawan dengan Mia, dia tiada masalah untuk berada dalam dunia hiburan selain sudah bersedia bergelar seorang suami.
“Semasa saya berkawan dengan Mia pun, saya sudah tahu benda tu semua dan bagi saya tak ada masalah untuk berada dalam dunia tu (hiburan),” katanya.
Dalam pada itu Mohd Izham yang berasal dari Terengganu berkata, rombongan merisik pihak lelaki telah dilakukan kira-kira dua minggu lalu hanya melibatkan keluarga terdekat kedua-dua pihak sahaja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: