
Bagaimanapun, lakonan Vince dapat ditonton di kaca TV selepas ini. Apa yang menarik, dia memegang watak utama dalam drama berlatarkan sambutan Hari Gawai berjudul Ratu Kumang.
Dalam drama yang menyaksikan gandingan Vince di samping Ary Malik dan Raja Farah ini, Vince membawa watak Tony, seorang pemuda yang berada dalam dilema apabila menerima surat daripada seorang wanita bernama Jemima yang mengaku sebagai ibu kandungnya. Apabila Tony mengajukan persoalan ini kepada Jennifer yang selama ini dianggap ibu kandungnya, Jennifer pula mengelak daripada menjawabnya.
Namun akhirnya persoalan tentang surat misteri itu terjawab apabila Tony melihat Jenifer secara rahsia membacanya. Setelah didesak berkali-kali, barulah Jenifer memberitahu bahawa dia memang mengenali Jemima dan Jenifer juga mengakui bahawa Jemima adalah ibu kandung Tony yang sebenar. Rupa-rupanya bapa Tony, Anthony pernah dijatuhkan hukuman oleh tuai rumah panjang sehingga menyebabkan perpisahan antara Tony dengan ibu kandungnya.
Apakah yang sebenarnya berlaku? Untuk mengetahuinya, saksikan sendiri lakonan Vince dalam drama Ratu Kumang yang akan ditayangkan khas sempena Hari Gawai, esok (5 Jun), jam 10 pagi di TV2.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: