Sunday, June 7, 2009

Tomok dah berubah

BARU-BARU ini Joyah menerima satu panggilan telefon daripada seorang gadis remaja yang meminati Tomok. Manja sahaja kata-katanya kepada Joyah tetapi apabila masuk bab bercerita tentang Tomok, suaranya berubah. Malah katanya, kerana Tomok jugalah dia membuat panggilan itu kerana tak menyangka Tomok semakin sombong sejak bergelar jutawan.

Eh! Biar betul dik nun! Tomok sombong? Joyah tanya dia balik dan dia dengan panjang berjela bercerita tentang satu insiden di sebuah majlis yang dihadirinya baru-baru ini.

Dia melahirkan rasa terkilannya terhadap sikap Tomok yang dianggapnya tidak mesra, tidak seperti dulu semasa dia bersama kumpulannya, New Boyz.

Biasalah, kata anak muda itu dah namanya pun artis popular dan Tomok pula memang diminatinya maka dia dengan kawan-kawannya pun teringinlah nak bergambar kenangan bersama bintang pujaan.

Maka dia dan kawan-kawannya pun panggillah Tomok untuk bergambar bersama tapi malangnya Tomok menolak ajakan mereka.

Semuanya gara-gara Tomok tak mahu datang ke tempat mereka dan mahu mereka yang datang kepadanya jika mahu bergambar.

“Alah Kak Joyah, bukannya jauh benar tempat kami sedang berposing itu dengan Tomok. Apa salahnya dia bangun dan datang kepada kami.

“Jatuh ke maruahnya kalau dia sebagai artis popular datang kepada kami?” kata gadis yang terkilan itu lagi kepada Joyah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: