Tuesday, June 16, 2009

Shahid, Portman kongsi gelaran


NATALIE PORTMAN dan Shahid Kapur


SHAHID KAPUR telah dipilih sebagai individu paling seksi di Asia oleh pertubuhan pejuang hak asasi haiwan, PETA. Dia diumumkan sebagai pengamal makanan berasaskan sayur-sayuran atau vegetarian paling seksi di Asia.

Satu undian telah dibuat oleh PETA dan keputusannya telah diumumkan 10 Jun lalu. Shahid berkongsi gelaran tersebut dengan aktres Hollywood, Natalie Portman yang terpilih bagi zon Amerika Syarikat.

"Saya berasa bangga sekali terpilih sebagai vegetarian paling seksi di Asia. Saya sentiasa memberikan sokongan yang penuh terhadap konsep vegetarian dan saya terharu apabila pegangan saya itu dialu-alukan menerusi gelaran itu.

"Dipilih sebagai terseksi atas sebab yang murni itu sangat penting kerana ia membuktikan tentang mitos yang salah sebelum ini bahawa pengamal vegetarian tidak boleh menjadi individu yang sihat dan seksi," ulas Shahid.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: