Saturday, June 6, 2009

'Saya perlu baiki diri'...Norman Hakim


TIADA yang perlu diperjelaskan lagi mengenai hubungan pelakon kacak, Norman Hakim (Norman), 33, serta pasangannya Suhaiza Suhaimi (Memey), 21, kerana percintaan mereka bukanlah satu rahsia.

TIADA yang perlu diperjelaskan lagi mengenai hubungan pelakon kacak, Norman Hakim (Norman), 33, serta pasangannya Suhaiza Suhaimi (Memey), 21, kerana percintaan mereka bukanlah satu rahsia.

Meskipun, tidak berbicara secara terbuka mengenai hubungan kasih yang terjalin, gerak bahasa tubuh sudah cukup merungkai perasaan cinta yang tersemat dalam hati.

Saat menemui Norman di lokasi penggambaran drama terbitan Global Station, Serpihan Laungan Takbir arahan Erma Fatima, Selasa lalu, bertempat di Ukay Perdana, dapatlah dibuat satu kesimpulan niatnya ikhlas bertemankan Memey.

Namun, untuk menamatkan zaman duda pada 6 Jun sebagaimana didakwa sebelum ini akui Norman adalah tidak benar sama sekali. Malah, dengan nada berseloroh dia membayangkan alangkah seronoknya jikalau dakwaan gosip itu benar-benar berlaku.

"Syok dengar kahwin 6 Jun. Tetapi saya sendiri tidak tahu dari sumber mana pihak media dengar cerita ini kerana saya sendiri dimaklumkan, sebuah stesen radio yang mula-mula sekali membangkitkan isu ini.

"Jika mahukan jawapan dari saya itu hanyalah spekulasi. Barangkali ada yang menganggap kenyataan saya klise apabila mendakwa gosip sebegini tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seorang selebriti tapi berkenaan hal ini ia memang tidak akan berlaku pada tarikh berkenaan atau masa terdekat ini.

"Andai ia berlaku suatu hari nanti pun, kisah perkahwinan bukan satu perkara yang perlu saya canangkan kepada semua orang kerana ia cerita peribadi. Apapun, saya menafikan akan berkahwin dalam masa terdekat ini malah tiada dalam perancangan tahun ini," katanya.

Ditanya, mengapa tidak saja dia memperisterikan Memey, sedangkan keputusan itu dilihat berupaya membawa penyelesaian terhadap perbicaraan kesnya khalwat dengan pelakon muda itu di pejabat di S4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, jam 3 pagi pada 30 Oktober 2008, Norman berkata, dia perlu memperbaiki diri sendiri.

"Saya melalui kehidupan dengan menempuh pelbagai pengalaman. Dalam perkahwinan terdahulu, saya akui banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki.



"Saya tidak mahu mengulangi kesilapan sama. Dengan pelbagai masalah yang masih belum selesai rasanya eloklah satu-persatu di selesaikan terlebih dulu. Andai tiba masa yang sesuai dan dengan keizinan Yang Maha Esa, jodoh itu pasti datang," katanya.



Beralih topik kepada kerjaya seninya, Norman baru saja selesai menjayakan penggambaran drama Patahnya Sayap Malam yang mengisahkan kehidupan gigolo.

Melalui drama arahan Nizarman itu, pelakon lelaki bertubuh sasa ini berdampingan dengan pelakon jelita meningkat naik, Ayu Raudhah.

Sementara, menerusi telemovie Serpihan Laungan Takbir pula, Norman yang memegang watak peguam bergandingan dengan pelakon handalan seperti Umie Aida, Betty Benafe, Nabila Huda, Rebecca Nur Islam dan Syukri Hashim.

"Kedua-dua penggambaran itu sudah pun selesai dan selepas ini saya akan menjalani penggambaran drama bersiri untuk saluran Astro Mustika.

"Apa yang menarik mengenai drama bersiri ini setiap episod mengisahkan 'individu atau tokoh' yang banyak menabur bakti dan bertanggungjawab dalam memacu kejayaan negara ini sama ada dalam bidang politik, sukan dan sebagainya.

"Selain itu, saya masih lagi menunggu arahan dari pihak produksi Anu Dalam Botol untuk memulakan penggambaran filem ini. Ramai yang bertanya apa yang membuatkan saya tertarik berlakon dalam filem ini, jawapannya ialah saya melihat pembabitan ramai tenaga profesional.

"Adlin Aman Ramli misalnya bertindak sebagai penasihat filem ini dan saya amat senang sekali dapat bekerja dengan mereka yang 'demanding'," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: