![]() |
| LUNA MAYA |
SEBAGAI pasangan baru Ariel Peterpan, seharusnya Luna Maya juga mendekatkan diri dengan anak Ariel, Alleia Anata hasil daripada perkahwinan terdahulu lelaki itu.
Namun bagi Luna, hal seperti itu tidak boleh dipaksa. Bintang terkenal itu memilih untuk menunggu waktu yang tepat daripada terus menerjah masuk ke dalam kehidupan anak tunggal Ariel.
Tidak lama lagi bekas isteri Ariel, Sarah Amalia akan mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran buat Alleia dan saat ditanya apakah hadiah yang akan diberi, Luna mengelak dan berkata hanya akan mengirimkan doanya.
"Saya berdoa buat dia, lagi pun saya bukan ibunya. Semoga Alleia menjadi anak yang baik. Saya juga tidak layak untuk memberikan kejutan pada Alleia," ujarnya.
Luna juga menegaskan dia tidak pernah sekali pun bertemu dengan anak kekasihnya itu.
"Belum, belum pernah bertemu. Saya tidak mahu ia berlangsung dalam keadaan yang terpaksa. Biarlah ia berlaku secara semula jadi dan pada waktu yang tepat," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: