Saturday, June 6, 2009

Anya suka menari


ANYA DWINOV


SEMUA orang punya hobi yang berbeza-beza. Bagi Anya Dwinov, mengumpul aksesori merupakan hobi tersendiri sejak dia kecil lagi.

Kalau soal penampilan, pengacara ini lebih memilih kesesuaian gaya daripada melihat harga.

"Sejak dulu saya memang gila kumpul aksesori. Saya tidak pernah lihat harganya, yang penting ia sesuai untuk digayakan dengan pakaian yang dipakai.

"Kalau alat solek pula, saya akan memilih yang sesuai dengan kulit wajah, yang penting wajah saya harus bersih untuk mengekalkan penampilan yang segar dan cantik," ungkapnya.

Bagi tujuan mengekalkan kesihatan diri, Anya lebih gemar menari daripada berkurung di gim. Baginya tarian bukan sekadar satu senaman tetapi juga salah satu hobi yang amat menyeronokkan.

"Menari sangat seronok, kerana dalam tarian usia tidak menjadi halangan. Sama ada orang tua mahupun anak kecil boleh menari. Biasanya orang tua tidak suka ke gim. Lagipun setelah menari, peluh yang keluar juga sama dengan senaman yang lain. Selain sihat, saya juga berkenalan dengan ramai teman baru melalui tarian.

"Daripada situ, saya boleh bertukar-tukar fikiran tentang pengalaman hidup mereka yang lebih berusia. Jadi lebih mudah untuk saya merancang perjalanan masa hadapan," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: