Saturday, June 6, 2009

Rentak Malam: Amylea dengan irama jazz



Amylea

PENYANYI berbakat yang muncul daripada program realiti Akademi Fantasia, Amylea Azizan, bakal tampil dalam persembahan yang bersifat cukup intim dengan peminatnya, Me.Amylea, di Bangkok Jazz, Chulan Square pada malam ini, jam 8 malam.

Selama dua hari bermula semalam, artis yang popular dengan lagu Ku Berserah ini dijangka menghiburkan peminatnya dengan kira-kira 12 lagu, petikan album sulungnya, Selepas Tiga, dan lagu kegemaran Amylea sendiri.

Berbekal suara yang gemersik serta kebolehan mencipta lagu, penyanyi ini turut mencipta kesan tersendiri tatkala menyertai pertandingan One In A Million yang baru saja berlalu.

Tiada bayaran dikenakan bagi menyaksikan persembahan Amylea dan rakan muziknya seperti Noh Hujan yang akan berduet bersamanya, Jaja (Hujan) yang akan bermain bes, Iju (gitar), Bak (keyboard) dan Sudin (dram).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: