Wednesday, June 17, 2009

Perceraian Usher direstui


USHER dan Tameka Foster Raymond.


SETIAP kali jika mana-mana selebriti mengumumkan penceraian mereka, pasti ramai yang akan terkejut dan tumpang bersedih.

Keadaan bagaimanapun berbeza apabila bintang R&B, Usher, membuat permohonan penceraian terhadap isterinya, Tameka Foster Raymond, minggu lalu. Nampaknya tiada siapa yang mengambil kisah ataupun terkejut dengan hal itu.

"Tidak ada sesiapa yang terkejut bila saya mengumumkan penceraian mereka. Orang ramai juga tidak bertanya punca keretakan hubungan mereka. Apa yang saya lihat, ramai yang seolah-olah menanti penceraian Usher dan isterinya," kata satu sumber kepada majalah People.

Usher dan Tameka dikatakan pernah mempunyai masalah sebelum berkahwin pada September 2007.

Menurut teman rapat Tameka, perselisihan antara pasangan itu telah sampai kemuncaknya dan menunggu masa untuk berpisah.

"Kemudian mereka kembali berbaik dan terus berkahwin walaupun saya dapat rasa yang Usher belum bersedia untuk menjadi seorang suami. Usher jarang menghubungi isterinya jika pulang lewat dan sering mengabaikan Tameka. Kadang kala dia lebih suka tinggal sendirian seperti lelaki yang belum berkahwin," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun, penceraian mereka tiada kaitan dengan pihak ketiga. Perkahwinan Usher dan Tameka telah melahirkan dua cahaya mata iaitu Usher Raymond V, 18 bulan dan Naviyd, 6 bulan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: