KUANTAN - Seramai 11 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN Summerset di Rompin ditahan polis kerana terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pelatih lain kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher dan tubuh dipercayai akibat dipukul oleh salah satu daripada dua kumpulan pelatih yang berselisih faham di kem tersebut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Bahagian Siasatan dan Perundangan, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, pergaduhan dipercayai berlaku antara kumpulan pelatih dari Johor dan Terengganu pada Rabu dan Khamis lepas.
Beliau berkata, kejadian bermula ketika kesemua pelatih diarah berhimpun di satu kawasan dalam kem berkenaan kira-kira pukul 11 malam.
"Semasa berhimpun, salah seorang pelatih dari Johor dipercayai telah mengajak mangsa yang berasal dari Pekan untuk bergaduh," kata beliau ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.
Ekoran itu, Mohd. Haris menambah, mereka dipercayai bertikam lidah sehingga berlaku pergaduhan dan tumbuk-menumbuk, tetapi berjaya dihentikan oleh jurulatih PLKN di situ.
Pada hari berikut, kata beliau, mangsa yang sedang tidur di asrama telah didatangi kumpulan pelatih tersebut kira-kira pukul 1 pagi.
"Mangsa ingin berdamai, tetapi kumpulan terbabit enggan menerima permintaan mangsa lalu bertindak menggoncang katil mangsa," kata beliau.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: