|
|
KAJANG - Seorang pelajar Ijazah Sarjana ditemui mati dalam keadaan mengiring di tempat letak kenderaan di Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dekat sini semalam.
Pelajar tersebut dipercayai terjatuh dari tingkat empat Kolej Kediaman Pendeta Za'aba, UKM pagi semalam.
Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, dari Kelantan yang merupakan penuntut semester satu jurusan Sains Kimia itu ditemui oleh seorang tukang sapu pada pukul 7 pagi.
Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dengan kemeja T dan memakai kain sarung.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin Che Mood berkata, seorang tukang sapu yang kebetulan membersihkan kawasan itu ternampak mayat mangsa sebelum menghubungi polis.
"Mangsa dipercayai terjatuh dari beranda bilik kolejnya di tingkat empat.
"Pemeriksaan fizikal mangsa ditemui ada kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Al Fatihah kepada arwah semoga ruhnya dicucuri rahmat...Takziah pada keluarga.
ReplyDeletefarihan ni baik btul orgnya..smoga rohnya dicucuri rahmat dr Allah..
ReplyDelete