Wednesday, June 24, 2009

Awas jerat ejen umrah tipu - MATTA


PENIPUAN yang dilakukan oleh ejen umrah pastinya akan membuat ramai berputih mata untuk ke Tanah Suci. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menasihati orang ramai supaya jangan percaya terhadap mana-mana ejen jika mereka menawarkan pakej umrah pada harga serendah RM3,500.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd. Khalid Harun ketika mendedahkan perkara itu berkata, sekiranya ada ejen berbuat demikian, kemungkinan besar mereka adalah penipu.

"Pada harga RM3,500, ia langsung tidak masuk akal kerana tidak dapat meliputi pakej umrah sebenarnya malah ia mungkin harga tiket kapal terbang sahaja dan ternyata ia memang satu penipuan," katanya pada satu sidang media di sini semalam.

Turut hadir ialah Wakil Bumiputera MATTA, Jeffri Sulaiman dan Setiausaha Bahagian Pelesenan Kementerian Pelancongan, Mohd. Kudratullah Fatimy Afandi.

Menurut Mohd. Khalid, harga pasaran pakej umrah pada masa kini ialah antara RM5,000 hingga RM6,000 dan sekiranya ada tawaran lebih rendah, orang ramai perlu berhati-hati.

"Masalah orang kita, pantang ditawarkan harga murah pasti berebut nak beli tetapi mereka tidak memastikan terlebih dahulu sama ada agensi itu berdaftar atau tidak," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: