![]() |
| ANNA PAQUIN |
NAMPAKNYA kejayaan X-Men Origins: Wolverine seolah memberi semangat baru kepada karyawan seni Hollywood untuk terus menerbitkan filem-filem seumpamanya.
Sebelum ini, filem trilogi X-Men sudah membuktikan serta mencatatkan kejayaan yang cukup luar biasa serta meletakkan barisan pelakonnya di puncak populariti.
Untuk itu juga, khabar angin kini bertiup kencang di Hollywood apabila sebuah filem terbitan turunan (spin-off) X-Men akan dizahirkan tidak lama lagi.
Malah, filem yang berjudul X-Men: First Class itu kini sedang dalam peringkat pra produksi dan skripnya sedang ditulis Josh Schwartz yang merupakan pencipta siri televisyen The O.C.
X-Men: First Class akan mengambil kisah mengenai sekumpulan mutan muda yang memiliki kuasa luar biasa iaitu Rogue, Colossus, Angel, Jubilee dan Shadowcat.
Salah seorang pelakon asal filem trilogi X-Men, Anna Paquin yang memegang watak Rogue ternyata teruja apabila diberitahu tentang filem berkenaan.
“Sudah pasti saya kepingin sekali untuk kembali sebagai Rogue. Apatah lagi, kali ini ia mengisahkankan kumpulan mutan muda yang jarang sekali ditonjolkan. Pasti ia akan menjadi sebuah filem aksi yang menarik,” katanya yang kini sibuk mempromosikan siri televisyen, True Blood.
Sehingga kini, tarikh tayangan X-Men: First Class masih lagi belum ditetapkan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: