![]() |
| TARAJI P. HENSON |
FILEM The Karate Kid versi baru yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi sememangnya membuatkan ramai yang menantikan hasilnya.
Apatah lagi ia diberikan sentuhan baru dengan menampilkan Jaden Smith yang merupakan anak lelaki kepada pelakon terkenal Hollywood, Will Smith.
Bukan itu sahaja, filem berkenaan akan turut menampilkan pelakon aksi tersohor, Jackie Chan yang akan memegang watak sebagai Mr. Han.
Terbaru, aktres yang cukup terkenal menerusi filem The Curious Case of Benjamin Button iaitu Taraji P.Henson juga sudah mengesahkan akan berlakon dalam filem tersebut.
Akan memegang watak sebagai ibu kepada watak Jaden Smith dalam filem itu, ternyata ia begitu mengujakan Henson.
"Ya, memang betul. Saya akan berlakon dalam filem ini dan akan berlepas ke Beijing, China tidak berapa lama lagi untuk menjalani penggambaran," katanya sewaktu menghadiri MTV Movie Awards, minggu lalu.
Menerusi filem The Curious Case of Benjamin Button, Henson telah menerima pencalonan Oscar pertamanya pada bulan Februari lalu.
Dia yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik itu walau bagaimanapun tewas di tangan Penelope Cruz.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: