MEMANG sudah namanya rezeki. Siapa sangka selepas menang besar di Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) yang baru lalu, rezeki Misha Omar memang murah.
Selepas tujuh tahun barulah si Misha ni dapat genggam anugerah AIM. Walaupun tak tercalon dalam kategori vokal tetapi rezeki Misha tetap ada pada malam itu. Ha, menang empat trofi lagi tu.
Selain menyanyi, memang ramai yang tahu Misha juga berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Drama bersirinya, Julia Juli telah pun ditayangkan tidak berapa lama dulu.
Misha pun memang berbakat jadi pengacara dan tidak silap Papa dia pernah mengacarakan sebuah program realiti di TV3 beberapa tahun lalu.
Ha, yang terkini Papa diberitahu yang Misha sudah pun sah akan menggantikan pelakon muda, Scha untuk menjadi hos rancangan Sehati Sejiwa yang ditayangkan di TV1.
Mulai hari ini bermula pukul 3 petang, peminat Misha bolehlah menatap wajahnya di TV1 dan janganlah sesekali membuat perbandingan antara Misha dan Scha.
Papa percaya kedua-duanya mempunyai pendekatan yang berbeza. Apa yang Papa harapkan Misha akan buat yang terbaik.
Oh, sebelum terlupa. Papa mahu ucapkan tahniah kepada Misha yang berjaya dalam kes samannya terhadap sebuah syarikat produk barangan. Kes itu pun sudah diselesaikan di luar mahkamah dan Misha telah mendapat ganti rugi sebanyak RM100,000.
Itulah yang dinamakan rezeki! Semoga Misha sukses selalu ya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: