Model muda Jesus Luz jadi tumpuan utama apabila memperaga di Sao Paolo, Brazil sempena Sao Paulo Fashion Week Rabu lalu. Dia memang berasal dari kota itu.
Luz, 22, yang turut menayang badan di atas pentas itu menjadi tarikan utama setelah beberapa bulan dikaitkan menjadi kekasih terbaru Madonna.
Nampaknya gosip dikaitkan dengan bintang bernama besar menaikkan lagi nama model itu.
Malah difahamkan bayaran untuk dia memperaga juga meningkat dan dia berpeluang muncul sepentas dengan model terkenal.
Di Sao Paolo, Luz sepentas dengan supermodel Gisele Bundchen.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: