Siapa yang anda akan pilih apabila didampingi oleh dua wanita cantik yang menepati ciri-ciri wanita idaman?
Inilah isu yang cuba dikupas dalam drama bersiri baru di 8TV berjudul J. Drama ini mula disiarkan pada 7 Jun 2009 pukul 11.00 malam.
“Kami membawakan kepada anda sebuah lagi drama bersiri hebat dengan barisan pelakon seperti Samuel Rizal, Nadine dan Fera yang pastinya akan buat anda terus melekat di kaca TV,” kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.
Junior (Samuel Rizal) atau dikenali dengan panggilan J. Diaseorang jejaka kacak yang lahir dari keluarga berada. Setelah menamatkan Ijazah di Boston, Junior didesak oleh keluarganya untuk pulang dan perlu mencari seorang isteri.
Sebagai anak yang baik dan sentiasa menurut kehendak keluarga, Junior akur dan tidak boleh menolak permintaan bapanya. Bapa Junior telah menunjukkan beberapa keping gambar wanita cantik yang bukan
sahaja berpelajaran malah datang dari keluarga yang kaya-raya untuk diilih.
Junior terpikat dengan gambar seorang gadis bernama Vanina (Fera Feriska). Setelah bertemu dengan Vanina yang juga merupakan anak rakan baik bapanya, Junior benar-benar jatuh cinta dengan Vanina yang penuh dengan sifat rendah diri walaupun datang dari golongan berada.
Sedang Junior dan Vanina dalam proses mengenali hati budi masing-masing, Junior mula tertarik dengan seorang gadis bernama Vanisa (Nadine Chandrawinata) seorang gadis cantik, seksi dan bijak.
Tidak hanya mempunyai fizikal yang menarik, Vanisa juga mempunyai cita-cita yang tinggi. Junior mula tertarik dengan Vanisa yang mempunyai personaliti yang lebih agresif berbanding dengan Vanina dan beliau sentiasa mencuba mendapatkan segala yang dimahukan dalam hidup.
Setelah mengenali kedua-dua wanita ini, hati Junior berbelah bagi dan tidak tahu untuk memilih yang mana lebih layak menjadi isterinya. Masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza dan mempunyai kelebihan masing-masing. Siapakah yang bakal Junior pilih untuk menjadi isterinya?
Friday, June 19, 2009
Dilema jumpa dua wanita cantik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: