Festival Membeli-belah India Global ketujuh yang dianjurkan oleh Malaysia-India Chamber of Commerce dan Agenda Suria Communication sedang berlangsung selama 10 hari di Pusat Pameran Mid Valley Mega Mall, Kuala Lumpur. Ia bermula 29 Mei sehingga 7 Jun 2009.Terdapat pelbagai produk yang terkenal dan berkualiti seperti pakaian wanita traditional India, aksesori, alat solekan, hiasan diri, dekorasi, barangan kulit, dapur, barang kemas, batu perhiasan, karpet, cetakan gambar dan perhaisan rumah hingga manisan mulut.
Semua barangan ini di import khas dari Kashmir, Rajastan, Calcultta, Mumbai, Orissa, Agra, Punjab, Gujarat, Karyanaka, Hydrabad dan Kerala. Sebanyak 230 unit ruang kedai perniaga tempatan dan warga asing. Negara seperti Tamil Nadu, Pakistan, Afrika, Cina dan Singapore juga menyertai pameran ini.Pameran Global Indian Festival 2008 mendapat sambutan yang baik dengan menerima seramai 471, 553 orang pengunjung. Pihak penganjur berharap sambutan tahun ini akan meningkat lebih dengan jumlah 600,000 orang pengunjung sekali gus mengekalkan gelaran sebagai Festival Beli Belah India yang terbesar dan terhebat di Asia Pasifik.
Penasihat Malaysia-India Chamber of Commerce dan Agenda Suria Communication Sdn Bhd, Dato’ S. Veerasingam berkata, antara Malaysia dengan India selain memberi pilihan barangan yang bermutu kepada pengunjung.“Lebih 80 peratus barangan yang dijual di Malaysia di import dari Tamil Nadu. Festival ini memberi peluang kepada pengunjung membeli barangan dari tempat yang lain dengan rekaan yang berbeza,” katanya.
Penganjur GIF 2009, Jaggarao Simancha berkata, terdapat warga asing yang mengunjungi pusat pameran festival ini sambil menonton persembahan kebudayaan masyarakat India.
“Festival ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperkenalkan barang-barang buatan yang memamerkan dan bercirikan kebudayaan India kepada masyarakat bukan India di Negara ini," katanya.
Majlis pembukaan Festival Membeli-belah Global India ketujuh dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.
"Acara tahunan ini sangat bertepatan kepada Malaysia kerana kita mahu menjadikan Malaysia sebagai hub dan pintu masuk kepada ahli perniagaan dan pelancong dalam meneroka pasaran Asia.
"Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk kemudahan pelancong dan kerajaan mengalu-alukan pembabitan badan bukan kerajaan dalam menganjurkan acara seperti ini," kata Ismail Sabri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: