BUKIT MERTAJAM - Empat warga China termasuk tiga wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menipu kononnya mampu membuang sial pada diri seorang warga emas.
Tertuduh, Lin Qiwang, 35, Wu Xiaoping, 41, Wu Kunzhen, 46, dan Wu Daiqun, 58, dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 10.30 pagi di premis bank RHB Jalan Padang Lalang di sini pada 13 Mei lalu.
Keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ariff Mohamad Shariff.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh memperdayakan Khor Ah Moy, 77, untuk menyerahkan wang RM46,000 dan barangan kemas bernilai RM20,000 bagi tujuan membuang sial.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: