Thursday, June 25, 2009

Dynas kembali ceria


APRIL lalu, dramatis dan pengacara jelita Dynas mengejutkan banyak pihak apabila mengalami insiden yang menyayat hati iaitu keguguran bayi dalam kandungannya.

Sejak itu, Dynas banyak berdiam diri sementelah menghabiskan tempoh berpantang sama seperti semua wanita yang pernah melahirkan anak. Kalau nak pulihkan emosi bukannya senang, Marilyn faham sangat erti sebuah kehilangan.


DYNAS


Cuma, Ahad lalu, Marilyn tumpang gembira sebab ternampak Dynas dan suaminya bersantai-santai di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di ibu negara. Mereka nampak ceria dengan wajah yang berseri-seri.

Marilyn malas nak menyapa, takut dikatakan menyibuk pula. Sekadar menjeling dari jauh cukuplah. Marilyn doakan mereka akan dimurahkan rezeki lagi selepas ini. Marilyn harap, Dynas jangan skeptikal dengan semua media, sebabnya Marilyn dapat tahu Dynas ada berkecil hati dengan andaian-andaian yang tercetus mengenai keguguran bayi Dynas dulu. Sabarlah!

Marilyn: Tahniah buat teman Marilyn yang sedang menunggu hari untuk melahirkan anak kedua.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: