Thursday, June 25, 2009

Dewa berlagak?


SEDANG Malaysia melaungkan isu kuota 90:10 antara artis tempatan dan artis luar, elok-elok sahaja Pesta Malam Indonesia ke-3 berlangsung dengan cukup meriah Ahad lalu.

Marilyn dan beberapa teman turut diberi tiket secara percuma untuk menyaksikan konsert yang membawa lima kumpulan terkenal Indonesia iaitu Dewa, Padi, Sheila On 7, Andra & The Backbone dan Gigi.

Memanglah konsertnya hebat dan terhibur juga Marilyn tetapi yang tidak enaknya, ada teman Marilyn yang menjalankan tugas di lokasi konsert mendakwa Dewa berlagak dan tidak mahu langsung ditemu ramah.

Menurut teman Marilyn, dia tidak teringin langsung nak tanya soalan berbaur peribadi cuma ingin bertanya pendapat Dewa tentang konsert, itu sahaja.

"Sudahlah masa sidang media bayang anggota kumpulan Dewa pun tak nampak, kata krew yang terlibat Dewa pergi membeli-belah di Pavilion.

"Itu satu hal, bila tamat persembahan Dewa seperti biasa media dibawa ke belakang pentas untuk mengadakan temu ramah ringkas, tunggu punya lama, anggota Dewa dilihat sudi memberikan kerjasama tetapi pengurusnya pula buat hal.

"Kau tau dia kata apa, tidak boleh temu ramah kerana esok Dewa ada konsert lagi. Bila aku selidik dengan krew, Dewa bukan ada konsert tetapi nak pergi membeli-belah di Bukit Bintang pula," kata teman Marilyn lagi.

Tambah teman Marilyn: "Tak kan lima minit pun tidak boleh, sedangkan kumpulan yang lain okey sahaja. Aku bukanlah gila sangat nak bersemuka dengan mereka tetapi kalau sudah namanya buat kerja biarlah secara menyeluruh untuk tatapan peminat mereka juga."

Marilyn: Dahsyat sungguh tarikan pusat beli-belah di Kuala Lumpur ini buat Dewa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: