![]() Samuel Rizal (tengah) menjadi hero dalam drama J. |
ANDA mahukan sesuatu yang romantik untuk menyemarakkan hari minggu anda? Bulan ini, 8TV akan membawakan penonton drama bersiri popular dari Indonesia berjudul 'J'. Drama ini disiarkan setiap Ahad, jam 11 malam hanya di saluran hip, 8TV.
Junior lakonan Samuel Rizal atau dikenali dengan panggilan ‘J’ adalah seorang jejaka kacak yang lahir dari keluarga berada. Selepas menamatkan Ijazah di Boston, Junior didesak oleh keluarganya untuk pulang dan perlu mencari seorang isteri. Sebagai anak yang baik dan sentiasa menurut kehendak keluarga, Junior akur dan tidak boleh menolak permintaan bapanya.
Bapa Junior menunjukkan beberapa keping gambar wanita-wanita cantik yang bukan saja berpelajaran malah datang dari keluarga yang kaya-raya untuk Junior memilih. Junior terpikat dengan gambar seorang gadis bernama Vanina (Fera Feriska). Selepas bertemu dengan Vanina yang juga anak rakan baik bapanya, Junior benar-benar jatuh cinta dengan Vanina. Dia seorang yang bersifat rendah diri walaupun datang dari golongan berada.
Sedang Junior dan Vanina dalam proses mengenal hati budi masing-masing, Junior mula tertarik dengan seorang gadis bernama Vanisa (Nadine Chandrawinata) seorang gadis cantik, seksi dan bijak. Tidak hanya mempunyai fizikal yang menarik, Vanisa juga mempunyai cita-cita yang tinggi.
Junior mula tertarik dengan Vanisa yang mempunyai personaliti yang lebih agresif berbanding dengan Vanina dan dia sentiasa mencuba mendapatkan segala yang dimahukan dalam hidup. Selepas mengenali kedua-dua wanita ini, hati Junior berbelah bagi dan tidak tahu untuk memilih yang mana lebih layak menjadi isterinya. Masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza dan mempunyai kelebihan masing-masing. Siapakah yang bakal Junior pilih untuk menjadi isterinya?
Untuk mengetahui bagaimana cinta tiga segi ini akan berakhir, jangan lepaskan peluang menonton “J” setiap Ahad, jam 11 malam hanya di saluran 8TV! Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro anda. Kini anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda dengan hanya melayari www.mobile.8tv.com.my

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: