Friday, June 19, 2009

Doktor jual ‘domi togel’ ghaib


GOMBAK: Seorang doktor yang dikesan melakukan kegiatan haram menjual pil khayal dipanggil dengan jolokan ‘domi togel’ kepada penagih sempat melarikan diri selepas menyedari klinik miliknya diserbu pihak berkuasa petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, doktor berkenaan yang sebelum itu dikesan sedang bertugas tiba-tiba lesap dengan hanya meninggalkan beberapa pembantu wanita dalam klinik.

Sumber penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, pihaknya sebelum itu mendapat maklumat berhubung penjualan haram pil domi atau nama saintifiknya Midazolam yang digunakan secara khusus sebagai ubat tidur.

Susulan risikan, sepasukan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu klinik berkenaan sebelum mendapati doktor di dalamnya ghaib dengan hanya meninggalkan pekerja di luar kaunter.


“Pegawai farmasi menjalankan siasatan lanjut sebelum mendapati klinik terbabit dimiliki seorang doktor veteran yang dibantu beberapa doktor lain.


“Hasil pemeriksaan, sejumlah 800 pil Domi dan pil khayal psikotropik lain ditemui disimpan dalam sebuah kotak di klinik itu,” katanya.

Menurutnya, kotak berkenaan yang diletakkan di satu sudut rahsia dalam klinik didapati mengandungi pil domi yang sudah siap diisi dalam botol plastik.

“Siasatan mendapati doktor klinik berkenaan menggunakan taktik mengasingkan terlebih dahulu pil domi berkenaan daripada bungkusan asal sebelum dimasukkan ke dalam botol plastik.

“Pihak klinik akan ‘menolak’ sebanyak 100 pil domi terbabit yang diisi ke dalam botol tanpa label kepada penagih dengan harga sekitar RM5 sebiji. Pil berkenaan dianggap berkesan di kalangan penagih bagi menggantikan heroin,” katanya.

Menurutnya, pihak klinik turut dikesan cuba mengaburi kegiatan salah terbabit dengan sengaja menampal label palsu pil ubat tahan sakit pada luar botol berkenaan.

“Berdasarkan siasatan sebelum ini penagih dadah tegar akan mencairkan pil domi ini bersama pil psikotropik lain sebelum disuntik ke badan untuk melepaskan gian,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: