Thursday, June 4, 2009

Disney saji program istimewa sempena cuti sekolah



ANTARA babak dalam Hatching Pete yang akan disiarkan Ahad ini, jam 7.30 malam di saluran Disney.

SALURAN istimewa untuk kanak-kanak, Disney Channel (Astro 615) menyediakan pelbagai program menarik kepada kanak-kanak, remaja atau mereka yang menggemari cerita kartun sepanjang cuti sekolah kali ini.

Ia bermula dengan siri berjudul Hatching Pete yang disiarkan pada 7 Jun, jam 7.30 malam.

Siri ini mengisahkan Pete sudah jemu menjadi seorang yang tidak terkenal. Apabila rakan karibnya Poole meminta pertolongan menjadi maskot sekolah, Pete pasti ini adalah peluangnya untuk menjadi pujaan ramai.

Kisah Hatching Pete dibintangi Mitchell Musso dari program Hannah Montana dan Jason Dolley (pelakon Cory in the House).

Pada 21 Jun, waktu yang sama, saluran Disney menyiarkan telefilem berjudul Dadnapped! Ia menceritakan Melissa Hamilton (lakonan Emily Osment yang pernah berlakon sebagai Lily dalam Hannah Montana) cuba sedaya-upaya untuk mendapat lebih perhatian daripada ayahnya Neal Hamilton, seorang penulis novel terkenal.

Hidup Melissa diselubungi bayangan Tripp Zoome, hero yang cerdik dan berani dalam novel popular ayahnya. Ketika dalam satu percutian ayah dan anak yang sudah lama ditangguhkan, lencongan yang tidak dijangkakan menyebabkan ayahnya diculik, kali pertama oleh peminat yang fanatik dan kemudiannya oleh dua orang adik-beradik yang berniat jahat. Telefilem ini dibintangi oleh David Henrie pelakon Wizards of the Waverly Place, Moises Arias (dari Hannah Montana) dan Phil Lewis (Suite Life on Deck).

Sementara itu, sempena Tayangan Istimewa Hari Bapa pada 21 Jun, bermula jam 2.30 petang, disiarkan pula sembilan cerita pendek berturut-turut. Ia bermula dengan cerita berjudul Hercules, diikuti The Amazing Spiez! pada jam 4 petang, Wizards of Waverly Place (4.30 petang), Hannah Montana (5 petang), Lilo & Stitch The Series (5.30 petang), America’s Funniest Home Video (6 petang), The Suite Life of Deck (6.30 petang), Mr Bean (7 petang) dan Dadnapped (7.30 malam).

Disney Channels juga turut menyediakan program istimewa bercorak ilmu dan pengetahuan setiap Ahad bermula 28 Jun nanti, pada jam 10.30 pagi.

Dengan penemuan baru dalam bidang penerbangan, dunia kini memasuki “zaman emas penerbangan”. Akan tetapi, perkembangan membawa bersama cabaran baru. Tatkala kerajaan sibuk berebut lapangan udara, penumpang pesawat menjadi mangsa kepada Sky Pirates (lanun udara). Perkembangan pesat dalam senjata penggunaan udara memberi peluang kepada pihak jahat untuk mengambil alih semua pesawat dunia.

Sebagai penyelesaiannya, suatu gabungan negara aman menubuhkan Panel Keselamatan Aeronautikal Sedunia (The Global Aeronautical Safety Panel atau GASP), badan antarabangsa yang bertanggungjawab menjaga keamanan pesawat dan menyelesaikan perbalahan berkenaan lapangan udara.

Dua siri animasi menarik juga turut menghiasi saluran Disney Channel. Selepas siri Pucca disiarkan pada 1 Jun lalu, Disney menyediakan satu lagi program yang tidak kurang menariknya berjudul Yin Yang Yo! pada 18 Jun, jam 9.30 malam.

Yin Yang Yo! mengenai gaya Yin dan Yang yang menyerupai anak arnab yang comel! Dalam siri komedi yang lucu ini, kedua adik-beradik ini mengamalkan seni mempertahankan diri misteri yang dikenali sebagai Woo Foo. Bersama guru mereka, Yo, mereka adalah pahlawan Woo Foo yang terakhir di dunia dan terpaksa mempertahankannya daripada makhluk jahat seperti Carl seekor lipas dan adiknya Herman!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: