Thursday, June 4, 2009

Dengarnya...: Pelakon ada rekod dera isteri


MELIHAT dari segi zahir dan perwatakan, Cik Normah tak nampak pula si pelakon lelaki ini ada rekod suka dera isteri. Tapi itulah sejarah hitam yang selama ini disorok pelakon berkenaan kepada umum.

Khabarnya, sewaktu mendirikan rumah tangga kali pertama, dia memang suka dera isteri. Bercalar dan lebam-lebam jugalah tubuh isteri akibat sikap si pelakon ini yang memang ringan tangan.

Dan apa yang menggerunkan Cik Normah pelakon ini juga sudah beristeri baru selepas bercerai dengan isteri pertamanya. Isteri barunya itu juga bukan calang-calang, terkenal dan cantik rupa paras.

Setakat ini, tak ada pula Cik Normah dengar hal yang bukan-bukan berlaku. Harapan Cik Normah biarlah mereka terus bahagia. Kalau ada apa yang tak kena, harap dapat diselesaikan dengan cara dewasa dan bukannya dengan sepak terajang. Tak elok tu...

Silap hari bulan kena tangkap dan didakwa di mahkamah. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka juga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: