RUPA-RUPANYA, pelakon Que Haidar sudah lebih sedekad tidak muncul di pentas teater, selepas kali akhir melakukannya menerusi teater The Importance of Being Earnest arahan Adlin Aman Ramlie.
Jadi, menurut seorang kawan yang baru-baru ini sempat berbual dengan pelakon itu, Que teringin sangat hendak muncul dalam lakonan pentas. Dia bimbang, jika lama-lama tidak berbuat demikian, mutu lakonannya nanti tidak akan berkembang.
Kata Que, pentas teater ialah tempat terbaik untuk mengasah bakat, atau mengilatkan lagi keupayaan sedia ada. Yalah, berlakon teater bukan mudah. Bukan setakat berlakon depan penonton yang ramai, kalau buat silap pula, bukannya boleh dibuat semula.
Pada masa yang sama, Que mengaku dia berasa seram juga kerana sudah lebih sedekad tidak berlakon di pentas. Apalah rasanya apabila dia tiba-tiba muncul di pentas itu nanti?
Tetapi, pada 4, 5 dan Jun ini, sedikit sebanyak kerinduan Que pada pentas teater agak terubat apabila dia diberikan peluang menjayakan konsert penghargaan untuk Sudirman di Istana Budaya. Walaupun bukan berlakon, apatah lagi menyanyi, namun sekurang-kurangnya Que tampil sebagai pencerita.
Kata kawan Cik Normah itu lagi, ketika ini juga Que cukup teruja menunggu kelahiran anak pertamanya hasil perkongsian hidup dengan pereka tari, Linda Jasmine. Buat masa ini, mereka belum mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan kira-kira lima bulan lagi itu. Tapi, kata Que, si Qalif (anak lelaki Linda) mahukan adik perempuan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: