Friday, June 19, 2009

Dengarnya...: Nikki dan Audi kahwin 27 Jun


SEHARI selepas pelakon dan penyanyi Maya melangsungkan pernikahannya, penyanyi yang pernah menjadi anak didik Ning Baizura, Nikki Palikat akan melangsungkan hari bahagianya dengan komposer terkenal, Audi Mok pada 27 Jun ini.

Minggu ini kad undangan perkahwinan pasangan itu diedarkan kepada rakan wartawan. Cik Normah tertarik melihat isi kad itu yang pada pengamatan Cik Normah sangat ringkas, tapi sangat bermakna. Sekali pandang, Cik Normah ingatkan kad itu sebenarnya adalah kad ucapan hari lahir. Itulah, zaman sekarang tak perlu membazir duit buat kad kahwin ‘grand’, cukup ikut syarat dan mesej yang ingin disampaikan.

Cik Normah diberitahu majlis ini dibuat secara kecil-kecilan. Menurut teman Cik Normah, Donna Marcella, Nikki akan melaram gaun rekaan pereka, Jovian Mandagie. Malah perancang majlis perkahwinan Ning Baizura dan suaminya turut bertindak menguruskan majlis Nikki dan Audi kali ini. Insya-Allah, kalau ada kesempatan, Cik Normah akan ke majlis itu.


Buat Nikki dan Audi, Cik Normah doakan semoga hubungan ini yang bakal terpateri dengan ikatan yang lebih serius akan terus diberkati. Cik Normah pun harap kerjaya Nikki akan terus sukses selepas ini. Iyalah, kebelakangan ini, Cik Normah tengok populariti Nikki pun ala sendu saja. Tapi Cik Normah harap Nikki tak patah semangat dan terus berusaha.

Khabarnya selepas selesai majlis perkahwinan di sebuah gereja, pasangan ini akan terus bertolak ke Melaka di rumah orang tua Audi untuk majlis resepsi. Selamat berbahagi Nikki dan Audi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: