Thursday, June 4, 2009

'Bumbung stadium tiada sijil siap kerja'


AHMAD SHABERY (kanan) meninjau keadaan runtuhan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam. Gambar kecil keratan muka depan Kosmo! semalam.


KUALA TERENGGANU - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini yang runtuh pagi kelmarin tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim mengesahkan perkara itu dan berkata, bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil tersebut.

Katanya, mengikut amalan kerja, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.

"Hanya kemudahan seperti trek, padang selain beberapa tempat di luar stadium telah diberikan sijil itu. Sijil itu telah dikeluarkan semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei tahun lepas.

"Bumbung stadium belum diberikan sijil tersebut kerana masih dalam tempoh kecacatan (jaminan)," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meninjau stadium berkenaan semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: