Sunday, June 14, 2009

Bollywood demam Twitter


GUL PANANG


SELEPAS virus Facebook menyerang, seluruh dunia kini dilanda demam Twitter, tidak terkecuali kalangan selebriti Bollywood. Daripada Rahul Gandhi yang mempunyai Twitter @RGAmethi kepada bintang Shahsi Tharoor atau @ShashiTharoor.

Ia turut menjadi kegilaan dua aktres terkenal, Mallika Sherawat dengan @mallikaLA dan Gul Panang di @gulpanang.

Menurut Mallika, dia mula bermain Twitter sewaktu di Los Angeles, Amerika Syarikat untuk selalu berhubung dengan rakan Hollywoodnya seperti Ashton Kutcher. Malah Twitter miliknya sendiri dibikin ringkas tetapi padat informasi terkini tentang agenda dan dunia Bollywood.

Gul Panang pula banyak memaparkan foto terbarunya yang diambil menggunakan iPhone dan menulis kenangan menarik seperti: “Sedang duduk di bawah pokok dan menanti hujan buatan turun untuk penggambaran dan labah-labah serta serangga kecil akan jatuh ke tubuh saya.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: