Thursday, June 4, 2009

'Asrama' pengemis bawah jejambat


RUANG di antara tiang penyokong jejambat di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur menjadi katil kepada pengemis dan kutu rayau yang menjadikannya tempat tinggal mereka.



KERATAN Kosmo! 19 Mei 2009.


KUALA LUMPUR - Golongan tidak berumah dan pengemis masih menjadikan kawasan awam di sini sebagai tempat untuk mereka berteduh daripada hujan dan panas.

Jika sebelum ini sasaran mereka ialah terowong pejalan kaki di Bulatan Edinburgh di sini tetapi kini mereka beralih pula ke jejambat di Jalan Loke Yew yang terletak tidak jauh dari terowong itu.

Tinjauan Kosmo! di jejambat itu semalam mendapati mereka berpindah ke lokasi tersebut selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membersih dan mengecat terowong pejalan kaki berkenaan.

Dalam tinjauan tersebut, kelihatan lima orang kutu rayau dan pengemis pelbagai keturunan sedang nyenyak tidur di bawah jejambat itu.

Barang-barang keperluan mereka seperti kerusi malas turut diletakkan di kawasan berdekatan tempat tidur masing-masing.

Kehadiran jurugambar Kosmo! yang merakam aksi mereka langsung tidak disedari walaupun keadaan persekitaran di situ bising dengan bunyi kenderaan.

Menurut seorang pekerja yang mengecat terowong Bulatan Edinburgh, Efwan Reza, 23, sejak kerja-kerja pembersihan terowong itu dijalankan, pengemis di situ berpindah ke bawah jejambat pula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: