Friday, December 2, 2016

Wawa Zainal Tidak Cemburukan Aeril Zafrel & Ummi Nazeera



Wawa bercuti bersama Aeril dan anak-anaknya di Korea Selatan baru-baru ini.
PETALING JAYA: Pelakon Wawa Zainal berkata, dia mengetahui hubungan suaminya Aeril Zafril dan aktres Ummi Nazeera hanya sekadar kawan baik.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 25, turut bertegas tidak wujud perasaan cemburu terhadap hubungan mereka yang digandingkan dalam drama Patahnya Sebelah Sayap.

"Perkara itu tidak betul sama sekali, mana ada saya cemburu sampai suami kena pujuk sehingga bawa bercuti ke Korea. Kalau saya cemburu dari dulu lagi saya tidak benarkan dia berlakon dengan mana-mana perempuan.

"Saya tahu mereka memang kawan baik, lagi pun saya tahu dan kenal suami saya itu orangnya macam mana," ujarnya menerusi aplikasi WhatsApp,ketika dihubungi pada Selasa.

Terdahulu pada Ahad lalu, sebuah akhbar di ruangan pojok melaporkan rumah tangga pasangan Aeril Zafril dan Wawa Zainal sedang bergolak gara-gara hubungan pemuda itu dengan aktres Ummi Nazeera.


Wawa bersama suami dan anak-anaknya.
Menerusi laporan itu, Wawa, kononnya cemburu dengan kemesraan pasangan tersebut ketika sama-sama membintangi drama rantaian slot Samarinda berjudul Patahnya Sebelah Sayap.

Disebabkan perkara itu juga, Aeril dikatakan membawa Wawa dan anak-anaknya bercuti ke Korea bagi memujuk hati wanita itu.

Wawa turut meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap keluarganya di laman sosial pada Selasa yang mendapat hampir 400 komen dan reaksi pengikut yang bersimpati dengan perkara itu.

"Semoga Allah ampunkan saya dan keluarga, tapi saya tidak maafkan penulis itu sampai dia memohon maaf," ujarnya.

Kesempatan itu juga, Wawa turut mempromosi drama terbaharu yang bakal menggandingkan suaminya bersama Ummi Nazeera sekali lagi berjudul Nahu Rindu di slot Zehra yang bakal ditayangkan Januari depan.

Aeril Zafril dan Wawa Zainal berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu berusia setahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: