Falisha, 31, bagaimanapun berkata, dia tidak berasa bimbang dan menganggap ia hanya sebagai fenomena drama berkenaan.
"Saham (populariti) dia (tunang) mungkin tengah naik selepas drama itu, foto dia juga dimuat naik oleh sebuah portal hiburan baru-baru ini.
"Saya tidak bimbanglah, kalau sudah jodoh, tetap jodoh saya, lagi pula orang tidak tahu dia tunang saya kerana kami jarang ambil gambar bersama," ujarnya.
Sementara itu, Pelakon Baharu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28) ini memberitahu dia kini sedang sibuk berulang-alik ke Sarawak, kampung halamannya itu untuk membuat persiapan terakhir.
"Sekarang memang saya sibuk buat persiapan sejak bertunang Ogos lalu. Boleh dikatakan, boleh kira berapa kali sahaja kami berjumpa. Jadual kami memang susah untuk kami cuti sama. Kalau jumpa pun benar-benar penting untuk urusan majlis.
"Tapi bagus juga kerana kalau boleh dekat nak kahwin ini saya elakkan kerap berjumpa. Sebulan sebelum kahwin saya pastikan kami tidak berjumpa kerana saya ingin rasa debaran bergelar isteri," katanya.
Tambah Falisha majlis pernikahannya akan djadakan di masjid, manakala resepsi perkahwinan berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan di Bandar itu.
Dalam pada itu hasil carian dibuat mStar menemui profil Fafiq atau nama sebenarnya Mohamad Rafiq Mohd Arif yang merupakan kapten penerbangan syarikat AirAsia Berhad.
Beliau sudah berkhidmat lebih 12 tahun dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: