SEOUL - KOREA SELATAN. SBS secara rasmi mengumumkan salah satu rancangan paling popular terbitan syarikat itu, Running Man akan ditamatkan siaran pada Februari 2017.

Awal hari ini, Koreaboo melaporkan, pelakon Running Man bertemu secara rahsia membincangkan untuk meninggalkan rancangan itu bersama-sama.

Perbincangan disebabkan Song Ji Hyo dan Kim Joon Kook dilaporkan disingkirkan dari menyertai program itu tanpa notis.

Khabar angin mula muncul dan dikatakan menjadi penyebab Running Man akan ditamatkan.

Sementara itu, beberapa laporan media menyebut, selepas mesyuarat diadakan pada 15 Disember, SBS telah memutuskan untuk menamatkan program tersebut dan episod terkahir rancangan itu akan keudara pada minggu pertama Januari.

SBS kemudian mengesahkan Running Man akan menamatkan siasatan bermula Februari 2017 dan musim kedua program itu secara rasmi dibatalkan.

"Ahli Running Man, penerbit berkumpul dalam mesyuarat tergempar di sini dan menyelesaikan salah faham yang timbul antara mereka.

"Selepas perbincangan terperinci dan kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan persembahan pada akhir bulan Februari 2017," petik kenyataan yang dikeluarkan SBS

Bintang utama rancangan itu, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook akan dikumpulkan sehingga episod terakhir rancangan itu.

Sementara itu, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo juga mendedahkan, mereka akan menyertai semula Running Man sehingga episod akhir.