Saturday, December 17, 2016

Laman Web Suria FM Berwajah Baharu, Lebih Interaktif




Wajah baharu laman web Suria FM yang kini lebih interaktif dan mempunyai pelbagai segmen baharu.
PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM memperkenalkan reka bentuk baharu laman web rasmi mereka yang kini lebih efektif dengan pelbagai saluran informasi dan fungsi terkini dalam capaian lebih mudah dan interaktif.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, menerusi portal tersebut Suria FM memperkenalkan reka bentuk terbaharu lengkap dengan ciri-ciri terkini termasuk video, artikel selain berita sensasi dalam dan luar negara.

"Objektif utama reka bentuk baharu itu adalah untuk memberi tumpuan kepada kandungan di dalam laman web itu sendiri sekaligus mampu menyalurkan maklumat lebih menarik dan sesuai dengan citarasa pendengar Suria FM.

"Reka bentuk baharu ini menarik dengan menu mudah diselaraskan, navigasi jelas dan susun atur yang penuh informasi untuk semua platform," kata kenyataan itu.

Selain reka bentuk interaktif, susun atur halaman dan fungsi baharu web itu juga turut dilaksanakan dalam pembaharuan ini.

Segmen baharu yang diperkenalkan dalam laman web ini adalah seperti Sensasi, Gaya Hidup, Peraduan & Acara, Suria TV dan Carta.

"Segmen Sensasi adalah segmen merangkumi berita-berita hiburan terkini, trending dan popular manakala Gaya Hidup pula meliputi kepelbagaian aspek makanan, fesyen dan kecantikkan serta hubungan.

"Suria TV pula merupakan segmen baharu memaparkan video terbitan Suria FM dan siri rockumentry berbentuk v-log berjodol Bunkface X Suria adalah antara siri pertama yang disiarkan menerusi laman web baharu itu," menurut kenyataan itu.

Carta Suria 30 pula membariskan lagu-lagu hits terbaru dan terkini manakala Carta 3D merupakan Carta 3 Dekad yang merangkumi lagu-lagu hits daripada zaman 80-an sehingga tahun 2000.

Segmen peraduan dan acara merupakan notis maklumat terkini mengenai acara-acara anjuran Suria FM dan acara-acara pendidikan, sukan dan konsert lain yang dianjurkan pada masa akan datang.

Layari laman web Suria FM di www.suriafm.com.my dan alami sendiri keistimewaan laman web ini, berhibur dengan kandungan terkini sambil dengarkan Suria FM secara langsung di atas talian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: