Saturday, December 17, 2016

Kang Ho Dong Tolak Sertai 'Running Man'




Running Man yang bersiaran sejak Julai 2010 bakal ditamatkan penyiarannya pada Februari depan.
PROGRAM popular Running Man dilaporkan bakal ditamatkan selepas tujuh tahun bersiaran.
Allkpop melaporkan keputusan itu dibuat oleh pihak produksi selepas dua pesertanya, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo meninggalkan rancangan itu.

Lebih mengejutkan pengunduran kedua-dua bintang itu dikatakan bukan atas kehendak mereka sebaliknya mereka disingkirkan oleh pihak produksi tanpa sebarang notis awal.

Ekoran kontroversi itu, pihak produksi mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat dan mengambil keputusan menamatkan program itu.

"Semua yang terlibat turut dipanggil untuk menjelaskan salah faham yang berlaku dan selepas berbincang sendiri dengan Jong Kook dan Ji Hyo dan ahli lain kami mengambil keputusan menamatkan program ini.

"Episod terakhir program ini akan disiarkan pada akhir Februari depan.

"Kami sudah cuba melakukan yang terbaik dan bersyukur sentiasa mendapat sokongan daripada peminat sepanjang tempoh ini," kata wakil produksi Running Man kepada media.

Running Man mula ditayangkan pada 11 Julai 2010 dan menjadi sebagai salah sebuah program hiburan paling lama dalam sejarah televisyen di Korea Selatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: