Friday, December 2, 2016

Bella Hadid & The Weeknd Keluar Bersama Selepas Putus Cinta




HUBUNGAN percintaan Bella Hadid dan penyanyi The Weeknd dilaporkan sudah berakhir beberapa bulan lalu.

Seperti dipetik E! Online, sumber memberitahu pasangan ini masih menyimpan perasaan cinta.

Malah, aksi mereka baharu sahaja dirakam ketika keluar bersama di Paris.

Pertemuan itu berlaku ketika menghadiri acara fesyen Victoria's Secret bersama beberapa rakan lain.

"Bella duduk di sisi The Weeknd dan berbual mesra, mereka di lihat baik-baik sahaja. Malah melihat riak wajah mereka seperti sedang bahagia," ujar sumber.

Sebelum ini, pasangan ini dilaporkan putus berpunca daripada kesibukan jadual kerja maisng-masing.

Heliza Helmi Minta Pandangan Guru Agama Sebelum Mula Persembahan

Heliza Helmi PETALING JAYA:  Penyanyi Heliza Helmi memberitahu dia banyak merujuk tentang aurat suara wanita dalam menyanyi kepada ...