![]() |
| |
KUALA LUMPUR - Tesco Malaysia (Tesco), akan melabur sebanyak RM8 juta lagi dalam usaha menurunkan harga 300 barangan pada bulan ini menjadi- kan jumlah keseluruhan pelaburan dalam kempen tersebut berjumlah RM100 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Chris Bush (gambar) berkata, langkah ini merupakan sebahagian komitmen syarikat untuk membantu meringankan per belanjaan pelanggan.
"Bermula hari ini (semalam), kami telah mengurangkan harga hampir 300 produk barangan runcit penting dengan potongan harga purata lapan peratus,'' katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, ini merupakan potongan harga kedua Tesco pada tahun ini yang mana sebelum ini syarikat melabur sebanyak RM12 juta untuk tujuan yang sama pada suku tahun sebelum ini.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran Tesco, Paul Morris berkata, syarikat tetap memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli-belah di sini melalui kad kesetiaan, Clubcard dan pendekatan ini masih dikekalkan seperti mana program yang sama dilakukan pada bulan Mac lalu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: