Saturday, June 6, 2009

Polis beku akaun bank ah long

KUALA LUMPUR - Polis yang mendapat kerjasama daripada Bank Negara telah bertindak membekukan akaun bank kesemua lima ah long yang dikehendaki bagi menyekat mereka daripada menggunakan wang masing-masing.

Tambahnya, pihaknya masih belum mengenal pasti jumlah wang dalam kelima-lima akaun tersebut tetapi yakin tindakan itu merupakan salah satu usaha untuk memaksa ah long terbabit supaya tampil ke hadapan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tindakan membekukan akaun ah long bukanlah pertama kali dilakukan oleh pihaknya.

"Sebelum ini juga kita pernah membekukan akaun bank ah long yang ditahan sebagai salah satu usaha untuk menyekat kegiatan mereka.

"Tindakan itu dilakukan selepas kita mempunyai bukti yang kukuh untuk membekukan akaun mereka dan ia bukan dibuat secara membuta tuli," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya akan memerangi sindiket ah long habis-habisan dengan apa cara sekali pun.

Buktinya, polis berjaya menahan seorang lagi ahli kumpulan K9 di Taman Lagenda Mas Kajang tengah hari semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: