
SEREMBAN - Malang bagi penyamun yang berjaya memecahkan dinding sebuah kedai emas, tetapi gagal membuka peti besi yang menyimpan pelbagai barang kemas di Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi dan hanya disedari pekerjanya ketika hendak membuka kedai itu.
"Mereka menebuk lubang melalui dinding kedai sebelah dan kita percaya kejadian dilakukan lebih daripada seorang penjenayah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Mohd. Zaki memberitahu, ketika kejadian, semua kamera litar tertutup dan alat penggera di kedai berkenaan tidak berfungsi dipercayai telah dipotong oleh penjenayah terbabit bagi mengelak pergerakan mereka dirakam.
Bagaimanapun, dua peti kebal yang menyimpan barang kemas itu tidak berjaya dibuka dan tiada sebarang kerugian dilaporkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: