![]() |
| AZNIL NAWAWI |
![]() |
| MAYA KARIN |
![]() |
| NOH HUJAN |
![]() |
| FARA FAUZANA |
![]() |
| |
TINGGAL tiga hari lagi Parti Selebriti Kosmo! One Drop Perfumes 2009 bakal berlangsung. Sudah tentu keterujaan di kalangan pembaca kini memuncak untuk mengetahui siapakah lagi sebahagian pembaca bertuah Kosmo! yang bakal turut menyertai acara penuh glamor yang bakal bermula pada pukul 7.30 malam di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur itu.
Majlis itu juga nanti akan menjadi medan pelancaran wajah baru Kosmo! 2 serta produk terbaru One Drop Perfumes yang bakal disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat One Drop Perfumes, Josafri Johari.
Bukan sahaja pembaca yang teruja, pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi yang bakal bertindak sebagai hos pada malam itu pun apa kurangnya.
"Memang saya berasa teruja untuk menjadi hos Parti Selebriti Kosmo! One Drop Perfumes 2009 memandangkan saya sudah mula mengenali Kosmo! sejak ia mula-mula muncul pada Ogos, 2004 lagi.
"Apatah lagi Kosmo! khususnya Kosmo! 2 kini bertukar kepada wadah baru, jadi sudah pasti pembaca-pembaca akan teruja dengan Kosmo! yang merupakan akhbar tentang gaya hidup ini," ujarnya.
Menurut Aznil, dia akan cuba menjadikan majlis itu nanti meriah dengan keletahnya yang tersendiri, bukan sahaja sebagai pengacara tetapi juga sebagai penghibur profesional.
Ditanya adakah sebarang kejutan yang bakal dilakukannya pada majlis yang turut disertai lebih 50 artis terkenal tanah air itu, Aznil menegaskan, "Saya akan melakukan tugasan saya secara spontan. Saya akan tengok dulu jenis penonton yang hadir sebagai contohnya dan dari situ saya akan cuba menjadikan suasana majlis penuh hidup dengan keceriaan."
Tambahnya, "Saya juga akan membuat persembahan menerusi dua buah lagu."
Selain bakal digamatkan dengan kemunculan Aznil, majlis yang pertama kali dianjurkan Kosmo! bagi bertujuan memberi peluang kepada pembaca setia akhbar ini serta pengguna wangian One Drop Perfumes mendekati ramai artis pujaan mereka itu akan dimeriahkan lagi kemunculan eksklusif Maya Karin, Rozita Che Wan, Linda Onn, Vanida Imran, Fara Fauzana, Faizal Ismail, Fahrin Ahmad, Dafi, Mila, Abby Abadi dan vokalis Hujan, Noh.
Tidak ketinggalan Ramlah Ram, Noraniza Idris, Zizie Ezette, Nurul Huda, Intan Ladyana, Scha, Nabila Huda, Azza Elite, Natasha Hudson, Rashidi Ishak, Zulkifli Ariffin, Shamsul Yusuf, Amylea Azizan, Faradhiya, Rabecca Nur Islam, Avaa Vanja, Eira Syazira dan ramai lagi.





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: