Thursday, June 18, 2009

Aizat dan Liyana Jasmay pasangan kekasih!


BETUL ke Liyana dan Aizat hanya kawan biasa?


BARU-BARU ini Marilyn terserempak dengan seorang rakan lama, maklumlah bila lama tak berjumpa macam-macam cerita yang keluar termasuklah kisah hangat tentang selebiriti tempatan.

Paling menarik, rakan lama Marilyn memberitahu kisah cinta antara selebriti remaja popular Aizat dan Liyana Jasmay sememang benar dan mereka berdua merupakan pasangan kekasih.

Marilyn yang khusyuk mendengar ceritanya tersentak seketika, kerana setahu Marilyn baik Aizat atau pun Liyana, masing-masing menafikan wujudnya hubungan yang dipanggil cinta. Kononnya mereka kekal sebagai sahabat.

Namun, kata rakan Marilyn lagi yang sememangnya rapat dengan Aizat dan Liyana beria-beria mengesahkan cerita yang dibawanya itu.

"Ya, aku tak tipu yang dia orang sekarang tengah mabuk bercinta. Bukan setakat hanya bertelefon, berSMS, siap 3G sekali untuk melepaskan rindu masing-masing.

"Aku tak tahu pula kenapa mereka nak sembunyikan kisah cinta sedangkan daripada gelagat mereka berdua orang sekeliling tahu yang mereka sedang bercinta," kata rakan Marilyn lagi.

Emm... kalau betullah, Marilyn tumpang gembira. Iyalah, Aizat dan Liyana sama cantik dan sama padan. Malah, kedua-duanya pun terlibat dalam bidang seni dan sama-sama sedang meningkat naik.

Nampaknya, gosip yang hangat bertebaran sebelum ini memang benarlah. Apa yang menguatkan lagi cerita ini, mereka berdua pernah mencipta lagu bersama untuk album baru Liyana.

Lepas ini, Marilyn hanya tunggu kesahihan daripada mulut mereka berdua sahaja, jangan lari daripada Marilyn tau!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: