Wednesday, February 1, 2017

Wonder Girls Bubar, Yenny Dikhabar Pindah Agensi



KHABAR tentang pembubaran kumpulan wanita popular Wonder Girls semakin kuat apabila salah seorang ahlinya dikatakan bakal keluar daripada pengurusan JYP Entertainment.

TV Report
 melaporkan Yenny mengambil keputusan untuk menyertai agensi pegurusan yang baharu iaitu Amoeba Culture.

Bagaimanapun, agensi berkenaan menafikan perkara itu, malah tidak tahu tentang berita berkenaan.

"Ini pertama kali kami mendengar tentang khabar tersebut, kami juga tidak tahu apa-apa tentang hal itu," ujar wakilnya.

Amoeba Culture merupakan agensi yang dibentuk oleh kumpulan rap Dynamic Duo yang turut dinaungi oleh Crush dan Rhythm Power.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: