- (Dari kiri) Zarini, Syafimazly dan Samian ketika ditemui di pejabat Takaful Ikhlas di Bangsar, baru-baru ini.
Hal ini diperakui tiga penerima anugerah pada Majlis Malam Anugerah Ejen Takaful IKHLAS yang ke-10 iaitu Samian Senin, Syafimazly Shafiee dan Zarini Shah Budin.
Samian yang memenangi Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi Kumpulan (Anugerah Takaful Keluarga) berkata beliau merupakan antara ejen terawal bagi Takaful Ikhlas.
“Saya bermula pada Ogos 2003 dan sekarang sudah lebih sepuluh tahun saya bersama Takaful Ikhlas. Bermacam-macam cabaran serta kejayaan saya peroleh.
“Memilih kerjaya dalam industri takaful ini ibarat seperti kita naik basikal dan mengayuh dan terus kayuh untuk mencapai kejayaan,” katanya ketika ditemui di pejabat Takaful Ikhlas di Bangsar baru-baru ini.
Sementara itu bagi penerima Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi AM (Anugerah Takaful Keluarga) Syafimazly Shafiee berkata beliau mula menyertai Takaful Ikhlas pada Julai 2010.
“Saya bekerja sebagai guru dan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru saya sertai Takaful Ikhlas dan melakukannya secara sepenuh masa untuk mengubah hidup saya ketika itu.
“Diakui permulaan bidang insurans memang amat sukar dan kita memerlukan kekuatan untuk terus bertahan dan berjaya. Apa yang penting kita perlu keras hati dan berani serta bersemangat,” katanya.
Bagi Zarini yang bekerja sebagai juru mekap sebelum ini tidak menghalangnya untuk menerima Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Ejen Baru (Anugerah Takaful Keluarga) setelah menyertai Takaful Ikhlas.
“Saya masih lagi baru dan tidak sampai setahun, tetapi Alhamdulillah ternyata saya mampu membuktikan dengan Takaful Ikhlas saya boleh maju dan akan mencuba untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Majlis Malam Anugerah berkenaan diadakan khusus untuk meraikan ejen yang telah berjaya mencapai matlamat yang disasarkan dan melakar pengiktirafan di atas kecemerlangan yang disumbangkan oleh ejen Takaful Ikhlas pada tahun kewangan 2013/2014 lalu.
Malam Anugerah itu juga menyaksikan ejen-ejen Takaful Ikhlas menerima anugerah cemerlang daripada pelbagai kategori perniagaan bagi Anugerah Ejen iaitu Takaful Keluarga, Takaful AM (general) dan Takaful Berkumpulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: